rabu yang lepas, masa ambil umar dari nursery, babysitter bagitahu umar macam sakit perut aje. masa tukar diaper pulak, dia nangis bila nak basuh. bila aku tanya balik, banyak kali ke umar berak, ya jawab babysitter yang agak baru kat situ.
kami tidak terus pulang, singgah kejap pasar malam, beli makan untuk bekal malam nanti, baru pulang. aku perasan umar duduk dekat dukung, badan dia membongkok, diam tak riuh macam selalu. aku terfikir, mungkin betul sakit perut..
sampai rumah, aku letakkan umar di kerusi depan tv, terus bukak fridge untuk masukkan makanan yang perlu masuk fridge, then aku tengok umar dah menapak dari kerusi ke fridge. and for the 1st time, umar jalan lebih dari 10 langkah, hati gembira bukan kepalang, terus bagitau husband kongsi teruja. selepas tepuk tangan bersorak bagi pujian and sokongan dekat umar, aku terus bukak diaper dia mahu tengok kenapa babysitter cakap umar nanges masa tukar diaper. terkejut aku tengok bontot dia dah merah-merah melecet. no wonder la menjerit-jerit time basuh kena air. terdetik dalam hati aku, mesti babysitter lambat basuh umar berak. mahu aje sumpah seranah tapi dalam hati aje la. tapi bila aku fikir balik, mungkin ramai sangat baby, dia tak sempat tengok. oh, poor my baby..tapi nak buat macamana, dah jadi..check beg umar, masih berbaki 1 keping petpet yang aku bekalkan pagi tadi. jadi memang sahla diaper umar lambat ditukar kerana biasanya petpet yang dibekalkan tidak pernah berbaki. semoga babysitter lepas ni tidak mengulangi benda yang sama kerana besok aku akan bersuara bila hantar umar.
tak sanggup nak pakaikan dia diaper, aku biarkan diaperless selama lebih kurang 1 jam, setelah selesai aku keringkan dia dan letak drapolene. umar asik berjalan aje, tidak merangkak. tengah malam nak tidur, aku apply drapolene lagi sekali, pakaikan diaper dan tidurkan dia.
maka terjawab la curious aku, kenapa umar boleh mula berjalan lebih 10 langkah petang tadi dan kenapa duduk membongkok atas dukung masa dekat pasar tadi..disebabkan rasa sakit dan pedih kat bontot, umar berusaha untuk berjalan, mungkin merangkak lagi bertambah sakit..oh, kesian anak bonda..bonda tak kesah pun umar lambat jalan..
sudahnya, hari khamis aku el, disebabkan kesian mau hantar ke nursery. tiap-tiap kali tukar diaper, apply drapolene. merah di bontot sudah kurang, cuma di bahagian pelipat, masih merah. alhamdulillah.
ya, sudah lama tidak menulis dan sekarang tak tahu mcm mana nak mula. sebenarnya, aku tidaklah selalu menulis, cuma menulis bila mood datang dan bila terfikir sesuatu perkara yang aku rasa boleh menjadi kenangan yang berharga untuk diri sendiri dan generasi aku akan datang, kisah klasik untuk masa depan. sebelum ini, aku ada buat blog di friendster, ye la sewaktu friendster masih glamour suatu masa dulu. ya, aku kenal blog bermula dari friendster. sungguh tidak celik it aku ni. dan semalam, kecewa sungguh bila bukak friendster, semua dah jadi lain. interface pun dah lain, puas aku click cari semua data yang dulu-dulu, gambar-gambar dan blog, semua aku tak jumpa..yang tinggal hanya beberapa friends yang listnya lagi sedikit, tak seramai friends yang sudah di add suatu masa dulu. itu pon, semua gambar dah jadi avatar. sekarang friendster dah jadi web untuk main games saje..masih ada lagikah mereka-mereka yang berjinak-jinak dengan friendster eh? walaupun dulu, jarang-jarang buka friendster, tapi banyak kenangan tu, termasuk messages dari pakwe-pakwe lama..haha. agaknya ke mana la menghilang semua benda dalam tu ye? boleh tak semua maklumat-maklumat itu disabotaj? hehe..konon orang glamour pulak i ni.
oh, sayang sungguh. macamana mahu kembalikan kenangan yang hilang begitu aje kat friendster tu..



