twitter
rss

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Umar panggil aku ayam
Dia panggil ayahnya abam..

Ayang dalam bahasa dia = ayam
Abang dalam bahasa dia = abam

Huhuhu..nampaknya aku kena panggil ayah dia AYAH, dan ayah dia kena panggil aku BONDA demi memperbetulkan panggilan ayah bonda umar..

Bila ajar panggil ayah, memang dia boleh sebut. Tapi bila nak panggil ayah dia, dipanggilnya abam, siap tepuk-tepuk kat bahu atau paha.

Bila ajar sebut bonda plak, langsung tak berbutir. Memang tak reti sebut.

Kalau dulu, tunjuk kat budak lelaki lagi besar dari dia, panggil tu abang, dia macam paham dan tiap kali terjumpa budak lelaki, dia panggil abam. Tapi sekarang, dia anggap abang tu untuk ayah dia dan takkan sebut abam bila terjumpa budak lelaki.

Tapi sebut kakak pandai pulak. Asal masuk lif, terjumpa budak pompuan mesti tegur, "kakak..".

Umar sangat faham bila aku bagi arahan sekarang. Sebab dia memang akan buat apa yang aku suruh. Biasa lepas minum susu, aku suruh dia tutup balik botol susu and letak kat rak tv. So tiap kali lepas minum susu depan tv, dia buat.

Bila aku ajarkan dia buang sampah dalam bakul sampah, pon dia ikut. Kat rumah memang aku standby 1 bakul sampah je kat bawah sinki dapur dan kalau boleh memang akan clearkan tiap-tiap hari. Satu hari tu, bile siap kupas bawang dan nak masukkan kulit bawang dalam bakul sampah, aku jumpa jam tangan aku dalam bakul sampah. Alahai..memang sekarang tiap kali nak buang sampah kena check dulu..ntah benda apa lagi yang umar masukkan dalam bakul sampah..

Satu malam, umar tidur dalam 10.30pm. Boleh pulak terjaga dalam 12.30am nak main-main. Aku buat-buat tak sedar. Dekat sudut bilik, ada 1 kotak ayah dia simpan kertas-kertas bil. Umar ambik kertas bil tu, ronyokkan then kejut aku suruh bukak pintu bilik, dia nak buang dalam bakul sampah..hahaha.. Comel la awak!!

Semalam masa aku tengah mandi, umar mintak ayah dia amikkan kotak crayon dalam toys box dia. Bila siap mandi, aku tengok dia terjengah-jengah air purifier, 1 batang crayon kat tangan, sambil cakap, "ayok..auww..wat.." Adoi..umar masukkan sebatang crayon dia dalam lubang air purifier tu then bagitau aku ayok..tktau sape buat..hohoho..comel oke..tapi masyaAllah..memang seksa nak keluarkan balik crayon tu..lubang air purifier tu memang kecik, dan memerlukan sedikit tolakan untuk masukkan crayon tu..so jawabnya memang tak keluar balik la.

Terjadilah adegan ayah-marah-anak and nangis-nangis. Ayah dia tengah berusaha nak keluarkan balik crayon, dia pulak sibuk-sibuk, main toolbox ayah dia. Memang kena tengking la..Poor my boy, nangis siap muntah-muntah..

Alahai anak, penat ayah ngan bonda berusaha nak keluarkan balik crayon tu tapi tak dapat. Bukan ape takut penggunaan air purifier tu lepas ni lagi memudaratkan ke ape kan..Tapi bila aku check balik, crayon tu Faber Castel yang non-toxic tu. Takde effect la kat air-purifier tu kan.

"Sayang, dengar cakap bonda, kalau bonda cakap no..its no la oke..nanti ayah marah lagi.."

Oglio Oleo on Saturday
1st try, nice..
2nd try, berbaloi-baloi.

Umar sekarang suka menyanyi. Taktau aku mana dia belajar menyanyi tu. Butir patah perkataan memang ikut bahasa dia la. Siap pegang crayon lagi konon-konon microphone. Kat rumah plak biasanya babytv memanjang. Dalam babytv tu plak tak ada aku nampak penah keluar rancangan ada orang nyanyi-nyanyi pegang microphone. Lawak pun ade. Banyak kali pulak tu ulang-ulang  scene menyanyi tu.

Umar ni suka sangat tengok iklan and i bet semua baby pun macam tu. Aku agak dia tiru iklan budak nyanyi dalam iklan susu, ibu engkaulah ratu hatiku tu kot..hahaha. Tapi memang umar nyanyi dengan penuh perasaan tau. Bukan setakat berlakon..nanti kalau sempat nak snap pics or record untuk kenangan.

Owh..tak sabar nak tunggu time umar petah bercakap. Sekarang ni dia very talkactive. Mesti sungguh comel bila dia menyanyi dengan sebutan yang betul.



10 Zulhijjah 1432
Selamat Hari Raya Aidiladha


Lepas tukar pampers, umar tengok ayah dia solat zohor, sibukla dia tarik-tarik sejadah nak solat jugak. Tak sempat pakai seluar tu..

Ayah baru angkat takbir, tapi umar dah sujud dulu..

Umar, never fail to make me smile..love you sayang! Mmmmuah!!

Bilakah masa yang sesuai untuk mengetahui kecenderungan kanak-kanak (for toddlers) menggunakan tangan kanan atau kiri?

Mak mertua aku pernah bertanya umar ni righty or lefty? Tapi disebabkan masa tu umar baru setahun, aku menjawab, masih belum dapat dipastikan sebab memang tak ketara. 2-2 tangan pun masih  fleksibel. Lagi pun, menurut artikel yang pernah aku baca, kanak-kanak hanya akan menunjukkan dominasi penggunaan tangan dalam lingkungan umur 2-3 tahun.

Pendominasian penggunaan tangan kita sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh genetik. Sekiranya kedua-dua ibu bapa left handed, peluang untuk anak anda left handed adalah sebanyak 45-50%. Dan sebanyak kira-kira 10% manusia left handed dan salah seorangnya adalah aku. Itulah antara sebab terdetik dekat hati nak menulis pasal ni.

Sekiranya kita masih ingin tahu samada kanan atau kiri lebih dominan untuk anak kita, kita boleh mencuba untuk membaling bola atau toys dan memerhatikan samada tangan kanan atau kiri yang mendominasi. Anak akan mengambil bola atau toys menggunakan tangan yang lebih dominan kerana tangan itu lebih kuat dan cekap.

Tetapi awas jika anda melakukan ujian ini semasa umur anak anda berumur kurang dari 2 tahun dan dia telah menunjukkan dominasi. Segera rujuk kepada yang lebih pakar (doktor) kerana penujuk pendominasian terlalu awal menujukkan anak anda mengalami motor development problem.

Ada kes salah satu pasangan ibu bapa mendapati bayi mereka menunjukkan dominan penggunaan tangan semasa masih bayi dan mendapati bayi mereka mengalami masalah in-utero stroke yang menyukarkan perhitungan dibuat bila melibatkan simetri (correct me if im wrong).

Walaubagaimanapun, jika mendapat anak left handed, pakar menasihatkan agar ibu bapa tidak memaksa anak-anak menjadi right handed kerana genetik sendiri tidak dapat menerangkan secara terperinci mengapa kita right-left handed. Walau bagaimanapun, hardwiring dalam nervous system kita yang complicated hanya Dia yang tentukan. Memaksa anak yang sememangya left-handed ke right handed mungkin hanya berjaya buat sementara waktu dan keadaan ini hanya membuatkan anak anda berasa keliru dan kecewa.

Sampai sekarang umar dah 1 1/2 tahun, aku masih bleum nampak dominasinya. Makan pon masih pakai 2-2 tangan walaupun kita ajar dia ambil pakai tangan kanan. So, no wonder lah kan.. Kalau umar left-handed, maksudnya gen aku lagi kuat kot..hehehe. Tapi kalau dia right-handed itu normal la kan, not because of daddy's..sorry dad!

Bersyukur di atas segala kurniaan-Nya..

Pagi tadi berjaya mendapatkan myrapid card berharga RM10 dengan nilai simpanan RM8. Dah 3 hari berturut-turut beratur sebelum naik LRT nak pegi keje dan agak memakan masa sebab kad storage value dah tak dijual di stesen-stesen LRT...kalau kena beratur beli tiket semasa balik kerja tidak kukesah sangat sebab tk perlu kejar punchcard. Mulai 1hb November 2011, kad nilai simpanan yang biasa aku guna (colour hijau untuk RM20) sudah tidak dijual sebab rapidkl sekarang dah perkenalkan sistem tiket baru guna myrapid card, myrapid pass and tng.

Mengikut pamplet yang aku baca, kad ini dijual RM10 dalam tempoh promosi selagi stok masih ada. Harga biasa adalah RM20 dengan nilai simpanan RM10. Fuhh..nasib baik aku ringan mulut nak tanye jugak hari in dah jual ke belum dekat kaunter td.." Dah kak, seploh inggit satu, dh jual hari ni.." Kira ok la kan dapat kad harga RM2 je. Kalo terhilang ke, tkde lah terasa sangat..

Bila terbaca pamplet pasal kad ni, 1hb aku dah start tanya pasal kad ni di kaunter. Jawapan 1hb, "Belum jual kak..mungkin besok kita jual.." Jawapan 2hb pagi.."Kita tengah test sistem lagi, kalau ok petang ni kita jual..". Jawapan 2hb petang, "Kita start jual 5hb nanti"..Huk aloh..kalau sistem belum stabil lagi, tk payah la war-warkan dulu..adoiyai..Nasib baik 3hb hari ni, rajin lagi aku nak tanya so dapat la beli RM10. Tekad tu nak tanya jugak sebab tengok gaya diorang jawab tu mmg tak istiqamah..asal ada jawapan..hehe

Semalam masa balik tu, ada sorang nyonya tu mengadu kat kaunter pasal kad tng dia tak boleh pakai. Kat kaunter ada 2 orang staff je masa tu. Elok-elok beratur 2 barisan, eh dah jadi 1 barisan..Sibuk la akak tu dok entertain nyonya tu, tak boleh jugak so dia suruh nyonya tu pegi kl sentral setelkan. Bisingla nyonya tu cakap jauh la, menyusahkan la..hehe. Tapi tu masalah standard la time aku pakai tng dulu pun gitu jugak, asik error je. Lagi2 kalo sebelum tu naik komuter, pastu naik LRT. Tapi takdelah sampai nak kena ke kl sentral, boleh clear kan error dekat kaunter jugak. Tapi tu la, elok2 tak payah beratur beli tiket, alih2 kena beratur jugak nak clear kan kad..macam-macam.. Tapi kita tengok dengan sistem myrapid card yang baru ni, adakah masalah ni tetap berulang..?

Kepada sapa2 yang nak pakai kad nilai simpanan ni, pegi la beli sekarang, RM10 je sementara stok masih ada. Aku tk pakai myrapid pass sebab tambang LRT sebulan tak sampai RM100 pun.. Tu yang tunggu jugak kad ni keluar selepas rapidkl stop kan penjualan kad storage value tu..

Sekian..


 OldTown White Coffee @ The Mines

Grrr..aye geram!!


Nak air kopi lagi la...