Pagi tadi berjaya mendapatkan myrapid card berharga RM10 dengan nilai simpanan RM8. Dah 3 hari berturut-turut beratur sebelum naik LRT nak pegi keje dan agak memakan masa sebab kad storage value dah tak dijual di stesen-stesen LRT...kalau kena beratur beli tiket semasa balik kerja tidak kukesah sangat sebab tk perlu kejar punchcard. Mulai 1hb November 2011, kad nilai simpanan yang biasa aku guna (colour hijau untuk RM20) sudah tidak dijual sebab rapidkl sekarang dah perkenalkan sistem tiket baru guna myrapid card, myrapid pass and tng.
Mengikut pamplet yang aku baca, kad ini dijual RM10 dalam tempoh promosi selagi stok masih ada. Harga biasa adalah RM20 dengan nilai simpanan RM10. Fuhh..nasib baik aku ringan mulut nak tanye jugak hari in dah jual ke belum dekat kaunter td.." Dah kak, seploh inggit satu, dh jual hari ni.." Kira ok la kan dapat kad harga RM2 je. Kalo terhilang ke, tkde lah terasa sangat..
Bila terbaca pamplet pasal kad ni, 1hb aku dah start tanya pasal kad ni di kaunter. Jawapan 1hb, "Belum jual kak..mungkin besok kita jual.." Jawapan 2hb pagi.."Kita tengah test sistem lagi, kalau ok petang ni kita jual..". Jawapan 2hb petang, "Kita start jual 5hb nanti"..Huk aloh..kalau sistem belum stabil lagi, tk payah la war-warkan dulu..adoiyai..Nasib baik 3hb hari ni, rajin lagi aku nak tanya so dapat la beli RM10. Tekad tu nak tanya jugak sebab tengok gaya diorang jawab tu mmg tak istiqamah..asal ada jawapan..hehe
Semalam masa balik tu, ada sorang nyonya tu mengadu kat kaunter pasal kad tng dia tak boleh pakai. Kat kaunter ada 2 orang staff je masa tu. Elok-elok beratur 2 barisan, eh dah jadi 1 barisan..Sibuk la akak tu dok entertain nyonya tu, tak boleh jugak so dia suruh nyonya tu pegi kl sentral setelkan. Bisingla nyonya tu cakap jauh la, menyusahkan la..hehe. Tapi tu masalah standard la time aku pakai tng dulu pun gitu jugak, asik error je. Lagi2 kalo sebelum tu naik komuter, pastu naik LRT. Tapi takdelah sampai nak kena ke kl sentral, boleh clear kan error dekat kaunter jugak. Tapi tu la, elok2 tak payah beratur beli tiket, alih2 kena beratur jugak nak clear kan kad..macam-macam.. Tapi kita tengok dengan sistem myrapid card yang baru ni, adakah masalah ni tetap berulang..?
Kepada sapa2 yang nak pakai kad nilai simpanan ni, pegi la beli sekarang, RM10 je sementara stok masih ada. Aku tk pakai myrapid pass sebab tambang LRT sebulan tak sampai RM100 pun.. Tu yang tunggu jugak kad ni keluar selepas rapidkl stop kan penjualan kad storage value tu..
Sekian..




