twitter
rss

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Umar panggil aku ayam
Dia panggil ayahnya abam..

Ayang dalam bahasa dia = ayam
Abang dalam bahasa dia = abam

Huhuhu..nampaknya aku kena panggil ayah dia AYAH, dan ayah dia kena panggil aku BONDA demi memperbetulkan panggilan ayah bonda umar..

Bila ajar panggil ayah, memang dia boleh sebut. Tapi bila nak panggil ayah dia, dipanggilnya abam, siap tepuk-tepuk kat bahu atau paha.

Bila ajar sebut bonda plak, langsung tak berbutir. Memang tak reti sebut.

Kalau dulu, tunjuk kat budak lelaki lagi besar dari dia, panggil tu abang, dia macam paham dan tiap kali terjumpa budak lelaki, dia panggil abam. Tapi sekarang, dia anggap abang tu untuk ayah dia dan takkan sebut abam bila terjumpa budak lelaki.

Tapi sebut kakak pandai pulak. Asal masuk lif, terjumpa budak pompuan mesti tegur, "kakak..".

Umar sangat faham bila aku bagi arahan sekarang. Sebab dia memang akan buat apa yang aku suruh. Biasa lepas minum susu, aku suruh dia tutup balik botol susu and letak kat rak tv. So tiap kali lepas minum susu depan tv, dia buat.

Bila aku ajarkan dia buang sampah dalam bakul sampah, pon dia ikut. Kat rumah memang aku standby 1 bakul sampah je kat bawah sinki dapur dan kalau boleh memang akan clearkan tiap-tiap hari. Satu hari tu, bile siap kupas bawang dan nak masukkan kulit bawang dalam bakul sampah, aku jumpa jam tangan aku dalam bakul sampah. Alahai..memang sekarang tiap kali nak buang sampah kena check dulu..ntah benda apa lagi yang umar masukkan dalam bakul sampah..

Satu malam, umar tidur dalam 10.30pm. Boleh pulak terjaga dalam 12.30am nak main-main. Aku buat-buat tak sedar. Dekat sudut bilik, ada 1 kotak ayah dia simpan kertas-kertas bil. Umar ambik kertas bil tu, ronyokkan then kejut aku suruh bukak pintu bilik, dia nak buang dalam bakul sampah..hahaha.. Comel la awak!!

Semalam masa aku tengah mandi, umar mintak ayah dia amikkan kotak crayon dalam toys box dia. Bila siap mandi, aku tengok dia terjengah-jengah air purifier, 1 batang crayon kat tangan, sambil cakap, "ayok..auww..wat.." Adoi..umar masukkan sebatang crayon dia dalam lubang air purifier tu then bagitau aku ayok..tktau sape buat..hohoho..comel oke..tapi masyaAllah..memang seksa nak keluarkan balik crayon tu..lubang air purifier tu memang kecik, dan memerlukan sedikit tolakan untuk masukkan crayon tu..so jawabnya memang tak keluar balik la.

Terjadilah adegan ayah-marah-anak and nangis-nangis. Ayah dia tengah berusaha nak keluarkan balik crayon, dia pulak sibuk-sibuk, main toolbox ayah dia. Memang kena tengking la..Poor my boy, nangis siap muntah-muntah..

Alahai anak, penat ayah ngan bonda berusaha nak keluarkan balik crayon tu tapi tak dapat. Bukan ape takut penggunaan air purifier tu lepas ni lagi memudaratkan ke ape kan..Tapi bila aku check balik, crayon tu Faber Castel yang non-toxic tu. Takde effect la kat air-purifier tu kan.

"Sayang, dengar cakap bonda, kalau bonda cakap no..its no la oke..nanti ayah marah lagi.."

Oglio Oleo on Saturday
1st try, nice..
2nd try, berbaloi-baloi.

Umar sekarang suka menyanyi. Taktau aku mana dia belajar menyanyi tu. Butir patah perkataan memang ikut bahasa dia la. Siap pegang crayon lagi konon-konon microphone. Kat rumah plak biasanya babytv memanjang. Dalam babytv tu plak tak ada aku nampak penah keluar rancangan ada orang nyanyi-nyanyi pegang microphone. Lawak pun ade. Banyak kali pulak tu ulang-ulang  scene menyanyi tu.

Umar ni suka sangat tengok iklan and i bet semua baby pun macam tu. Aku agak dia tiru iklan budak nyanyi dalam iklan susu, ibu engkaulah ratu hatiku tu kot..hahaha. Tapi memang umar nyanyi dengan penuh perasaan tau. Bukan setakat berlakon..nanti kalau sempat nak snap pics or record untuk kenangan.

Owh..tak sabar nak tunggu time umar petah bercakap. Sekarang ni dia very talkactive. Mesti sungguh comel bila dia menyanyi dengan sebutan yang betul.



10 Zulhijjah 1432
Selamat Hari Raya Aidiladha


Lepas tukar pampers, umar tengok ayah dia solat zohor, sibukla dia tarik-tarik sejadah nak solat jugak. Tak sempat pakai seluar tu..

Ayah baru angkat takbir, tapi umar dah sujud dulu..

Umar, never fail to make me smile..love you sayang! Mmmmuah!!

Bilakah masa yang sesuai untuk mengetahui kecenderungan kanak-kanak (for toddlers) menggunakan tangan kanan atau kiri?

Mak mertua aku pernah bertanya umar ni righty or lefty? Tapi disebabkan masa tu umar baru setahun, aku menjawab, masih belum dapat dipastikan sebab memang tak ketara. 2-2 tangan pun masih  fleksibel. Lagi pun, menurut artikel yang pernah aku baca, kanak-kanak hanya akan menunjukkan dominasi penggunaan tangan dalam lingkungan umur 2-3 tahun.

Pendominasian penggunaan tangan kita sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh genetik. Sekiranya kedua-dua ibu bapa left handed, peluang untuk anak anda left handed adalah sebanyak 45-50%. Dan sebanyak kira-kira 10% manusia left handed dan salah seorangnya adalah aku. Itulah antara sebab terdetik dekat hati nak menulis pasal ni.

Sekiranya kita masih ingin tahu samada kanan atau kiri lebih dominan untuk anak kita, kita boleh mencuba untuk membaling bola atau toys dan memerhatikan samada tangan kanan atau kiri yang mendominasi. Anak akan mengambil bola atau toys menggunakan tangan yang lebih dominan kerana tangan itu lebih kuat dan cekap.

Tetapi awas jika anda melakukan ujian ini semasa umur anak anda berumur kurang dari 2 tahun dan dia telah menunjukkan dominasi. Segera rujuk kepada yang lebih pakar (doktor) kerana penujuk pendominasian terlalu awal menujukkan anak anda mengalami motor development problem.

Ada kes salah satu pasangan ibu bapa mendapati bayi mereka menunjukkan dominan penggunaan tangan semasa masih bayi dan mendapati bayi mereka mengalami masalah in-utero stroke yang menyukarkan perhitungan dibuat bila melibatkan simetri (correct me if im wrong).

Walaubagaimanapun, jika mendapat anak left handed, pakar menasihatkan agar ibu bapa tidak memaksa anak-anak menjadi right handed kerana genetik sendiri tidak dapat menerangkan secara terperinci mengapa kita right-left handed. Walau bagaimanapun, hardwiring dalam nervous system kita yang complicated hanya Dia yang tentukan. Memaksa anak yang sememangya left-handed ke right handed mungkin hanya berjaya buat sementara waktu dan keadaan ini hanya membuatkan anak anda berasa keliru dan kecewa.

Sampai sekarang umar dah 1 1/2 tahun, aku masih bleum nampak dominasinya. Makan pon masih pakai 2-2 tangan walaupun kita ajar dia ambil pakai tangan kanan. So, no wonder lah kan.. Kalau umar left-handed, maksudnya gen aku lagi kuat kot..hehehe. Tapi kalau dia right-handed itu normal la kan, not because of daddy's..sorry dad!

Bersyukur di atas segala kurniaan-Nya..

Pagi tadi berjaya mendapatkan myrapid card berharga RM10 dengan nilai simpanan RM8. Dah 3 hari berturut-turut beratur sebelum naik LRT nak pegi keje dan agak memakan masa sebab kad storage value dah tak dijual di stesen-stesen LRT...kalau kena beratur beli tiket semasa balik kerja tidak kukesah sangat sebab tk perlu kejar punchcard. Mulai 1hb November 2011, kad nilai simpanan yang biasa aku guna (colour hijau untuk RM20) sudah tidak dijual sebab rapidkl sekarang dah perkenalkan sistem tiket baru guna myrapid card, myrapid pass and tng.

Mengikut pamplet yang aku baca, kad ini dijual RM10 dalam tempoh promosi selagi stok masih ada. Harga biasa adalah RM20 dengan nilai simpanan RM10. Fuhh..nasib baik aku ringan mulut nak tanye jugak hari in dah jual ke belum dekat kaunter td.." Dah kak, seploh inggit satu, dh jual hari ni.." Kira ok la kan dapat kad harga RM2 je. Kalo terhilang ke, tkde lah terasa sangat..

Bila terbaca pamplet pasal kad ni, 1hb aku dah start tanya pasal kad ni di kaunter. Jawapan 1hb, "Belum jual kak..mungkin besok kita jual.." Jawapan 2hb pagi.."Kita tengah test sistem lagi, kalau ok petang ni kita jual..". Jawapan 2hb petang, "Kita start jual 5hb nanti"..Huk aloh..kalau sistem belum stabil lagi, tk payah la war-warkan dulu..adoiyai..Nasib baik 3hb hari ni, rajin lagi aku nak tanya so dapat la beli RM10. Tekad tu nak tanya jugak sebab tengok gaya diorang jawab tu mmg tak istiqamah..asal ada jawapan..hehe

Semalam masa balik tu, ada sorang nyonya tu mengadu kat kaunter pasal kad tng dia tak boleh pakai. Kat kaunter ada 2 orang staff je masa tu. Elok-elok beratur 2 barisan, eh dah jadi 1 barisan..Sibuk la akak tu dok entertain nyonya tu, tak boleh jugak so dia suruh nyonya tu pegi kl sentral setelkan. Bisingla nyonya tu cakap jauh la, menyusahkan la..hehe. Tapi tu masalah standard la time aku pakai tng dulu pun gitu jugak, asik error je. Lagi2 kalo sebelum tu naik komuter, pastu naik LRT. Tapi takdelah sampai nak kena ke kl sentral, boleh clear kan error dekat kaunter jugak. Tapi tu la, elok2 tak payah beratur beli tiket, alih2 kena beratur jugak nak clear kan kad..macam-macam.. Tapi kita tengok dengan sistem myrapid card yang baru ni, adakah masalah ni tetap berulang..?

Kepada sapa2 yang nak pakai kad nilai simpanan ni, pegi la beli sekarang, RM10 je sementara stok masih ada. Aku tk pakai myrapid pass sebab tambang LRT sebulan tak sampai RM100 pun.. Tu yang tunggu jugak kad ni keluar selepas rapidkl stop kan penjualan kad storage value tu..

Sekian..


 OldTown White Coffee @ The Mines

Grrr..aye geram!!


Nak air kopi lagi la...

rabu yang lepas, masa ambil umar dari nursery, babysitter bagitahu umar macam sakit perut aje. masa tukar diaper pulak, dia nangis bila nak basuh. bila aku tanya balik, banyak kali ke umar berak, ya jawab babysitter yang agak baru kat situ.

kami tidak terus pulang, singgah kejap pasar malam, beli makan untuk bekal malam nanti, baru pulang. aku perasan umar duduk dekat dukung, badan dia membongkok, diam tak riuh macam selalu. aku terfikir, mungkin betul sakit perut..

sampai rumah, aku letakkan umar di kerusi depan tv, terus bukak fridge untuk masukkan makanan yang perlu masuk fridge, then aku tengok umar dah menapak dari kerusi ke fridge. and for the 1st time, umar jalan lebih dari 10 langkah, hati gembira bukan kepalang, terus bagitau husband kongsi teruja. selepas tepuk tangan bersorak bagi pujian and sokongan dekat umar, aku terus bukak diaper dia mahu tengok kenapa babysitter cakap umar nanges masa tukar diaper. terkejut aku tengok bontot dia dah merah-merah melecet. no wonder la menjerit-jerit time basuh kena air. terdetik dalam hati aku, mesti babysitter lambat basuh umar berak. mahu aje sumpah seranah tapi dalam hati aje la. tapi bila aku fikir balik, mungkin ramai sangat baby, dia tak sempat tengok. oh, poor my baby..tapi nak buat macamana, dah jadi..check beg umar, masih berbaki 1 keping petpet yang aku bekalkan pagi tadi. jadi memang sahla diaper umar lambat ditukar kerana biasanya petpet yang dibekalkan tidak pernah berbaki. semoga babysitter lepas ni tidak mengulangi benda yang sama kerana besok aku akan bersuara bila hantar umar.

tak sanggup nak pakaikan dia diaper, aku biarkan diaperless selama lebih kurang 1 jam, setelah selesai aku keringkan dia dan letak drapolene. umar asik berjalan aje, tidak merangkak. tengah malam nak tidur, aku apply drapolene lagi sekali, pakaikan diaper dan tidurkan dia.

maka terjawab la curious aku, kenapa umar boleh mula berjalan lebih 10 langkah petang tadi dan kenapa duduk membongkok atas dukung masa dekat pasar tadi..disebabkan rasa sakit dan pedih kat bontot, umar berusaha untuk berjalan, mungkin merangkak lagi bertambah sakit..oh, kesian anak bonda..bonda tak kesah pun umar lambat jalan..

sudahnya, hari khamis aku el, disebabkan kesian mau hantar ke nursery. tiap-tiap kali tukar diaper, apply drapolene. merah di bontot sudah kurang, cuma di bahagian pelipat, masih merah. alhamdulillah.

ya, sudah lama tidak menulis dan sekarang tak tahu mcm mana nak mula. sebenarnya, aku tidaklah selalu menulis, cuma menulis bila mood datang dan bila terfikir sesuatu perkara yang aku rasa boleh menjadi kenangan yang berharga untuk diri sendiri dan generasi aku akan datang, kisah klasik untuk masa depan. sebelum ini, aku ada buat blog di friendster, ye la sewaktu friendster masih glamour suatu masa dulu. ya, aku kenal blog bermula dari friendster. sungguh tidak celik it aku ni. dan semalam, kecewa sungguh bila bukak friendster, semua dah jadi lain. interface pun dah lain, puas aku click cari semua data yang dulu-dulu, gambar-gambar dan blog, semua aku tak jumpa..yang tinggal hanya beberapa friends yang listnya lagi sedikit, tak seramai friends yang sudah di add suatu masa dulu. itu pon, semua gambar dah jadi avatar. sekarang friendster dah jadi web untuk main games saje..masih ada lagikah mereka-mereka yang berjinak-jinak dengan friendster eh? walaupun dulu, jarang-jarang buka friendster, tapi banyak kenangan tu, termasuk messages dari pakwe-pakwe lama..haha. agaknya ke mana la menghilang semua benda dalam tu ye? boleh tak semua maklumat-maklumat itu disabotaj? hehe..konon orang glamour pulak i ni.

oh, sayang sungguh. macamana mahu kembalikan kenangan yang hilang begitu aje kat friendster tu..

26th April 2010
Fresh from oven
muhammad umar isyraf
3.5kg, 11.32am, hospital serdang

27th April 2011
Brought Baby Home!
Umar wearing blue shirt and pant, cover by his blue blanket
Driving home with ayah, bonda, nenek and atok cha'ah
he just sleep quietly along the way back home
owh..home sweet home..
welcome home, baby..

29th April 2010
Met Grandparents.


actually umar met his cha'ah atok and nenek since his 1st day.
nenek kelate just arrive today from kelate to see umar.

1 week old
First Smile!
not very sure of date
umar always throw his smile while sleeping..
uh..anak bonda so handsome..hehe

4 weeks old
1st Doctor Visit.
1st month check up
umar is 3.95kg, 57cm
had his immunisation injection, sleeping before injection, crying loud a while during injection, manage to fall asleep again after that..
oh.. anak bonda so-so sleepy yer?

5 weeks old
1st Bath
my very 1st bath to umar..
before this, my mum doing it all the way..
he's just very fragile, but not so hard to handle..oh..how sweet..

7 weeks old
1st Outing & 1st Time Rolling Over!
going out with ayah and bonda
mines shopping fair
shop for umar's diaper and had lunch at foodcourt
umar starts rolling over when he is 3 mth, rolling from tummy to back but dont know to turn back to tummy! he seems to be surprise and so excited to roll, need halp to turn back, roll again, need help and roll over and over again. hehe, so cute

3 months old: Week 2
we started to send umar to daycare centre after 3 weekends in the row i took the bus kl-kelate, bringing along my breastmilk stocks for the week. tak tahan terlalu rindukan umar, so now 3 of us lived together..Alhamdulillah, he just fine in his 1st day..

5 months old
Started Solid.
i introduce umar to his solid food when he is 5 mths, start with sweet mango and plain porridge and he like it very much!

26th October 2010 ~ 6 months old
1st Kiss! Mmuah
on his 6 mths, umar give me his 1st kiss. haha, its not a really kiss act, but his attention is sucking my nose! happy 6th months dear!
8 months old
1st Time Sitting Up.
he can sitting up with no support at the back and of cos he like it!
8 months old: Week 4
1st Word
"this is duck, main masa mandi je tau..this is duck..duck.."
"duck.." he said unpromptly, giggling and try to put it to his mouth
5th February 2011 ~ 9 months old: Week 2
1st Haircut.
this is his 1st haircut after being botak in his 44 days. being cut by his pak nik on this chinese new year eve, umar thrown out the tantrum and cry out loud throughout the cutting huhu..poor my baby. the cutting make him look more grown up, oh anak bonda dh besar..

9 months old: Week 3
1st Tooth.
we started notice his 1st rabbit tooth on his 10 mths, 1 batang kat bawah. Expecting another 1 coming in because slalu sangat nak menggigit

9 months old: Week 4
1st Waved Goodbye.
it happened when i leave him at nursery. He was waving by one hand - open and closing, open and closing, open, closing..so surprise when i said bye-bye, then he waved his hand.
Umar kena chicken pox

10 months old
1st Time Crawling & Standing Up!
umar know how to sit up 1st, then only he knows how to crawl hahaha!

he is exciting exploring his ability to standing up. pantang nmpak i berdiri, sibuk la die panjat kaki nk berdiri, even when i am standing to wash the pinggan mangkuk at the kitchen. huh, penat ok nk layan umar asik nk standing up je..
since our weekend spending days with his nenek at chaah, his ayah boleh pulak rajin nak melayan umar walking in his own feet so now, sibuk tarik-tarik tangan orang suruh layan die berjalan..


24th April 2011 ~ 11 months old
Umar jatuh walker!
umar was following me to the bathroom when i took my ablution.
when his walker stuck at the door, dia jengah nak tengok lantai bilik air and because of ade a little bit drop(bendul) kt situ, walker jd unstable then terbalik..poor my baby, lebam dekat pipi dan kening. dah la sakit, kena marah dengan ayah.
Like before, walker tak pernah terbalik masa dia masuk bilik air atau toilet tetapi disebabkan baru-baru ni dia teruja lebih nk jengket-jengket kaki jengah lantai dari walker, ini lah jadinya. this is all my fault and lesson learnt, bonda kena extra carefull whenever umar in walker and moving faster to toilet or bathroom..

Vocab so far = momok, duck, nenene, sayang ayh, allahuakbar, mmuah, cat, miaw, dog
(but he is pronouncing by his own style)
26th April 2011 ~ 1 year
Umar 1st Birthday!
And a happy birthday to you baby! A lot has happened, in your life and mine.
Happy Birthday Sayang, have a nice 1!


A is for angel, sent from above,
B is for baby, smothered with love,
C is for cute as cute can be
D is for diapers and changing them for me
E is for everything baby and more
F is for father walking the floor
G is for glad you are finally here
H is for hiccups that are funny and dear
I is for icky sticky messing
J is for Joy and His blessing
K is for kisses and kindness and keep
L is for Love, so wide and deep
M is for Mommy and her loving arms
N is for Never coming to harm
O is for oat cereal and later Cheerios
P is for precious little fingers and toes
Q is for quiet, baby is sleeping
R is for relatives, always come peeping
S is for sleep, but not for your folks
T is for tub and all those long soaks
U is for unconditional as in love from your parents
V is for very active as you will soon merit
W is for wakeful, watchful and wise
X is for the Xtra special light you brought to our eyes
Y is for you - who is as bright as the sun
Z is for zest of living that you gave us, little one.