twitter
rss

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Umar sekarang suka menyanyi. Taktau aku mana dia belajar menyanyi tu. Butir patah perkataan memang ikut bahasa dia la. Siap pegang crayon lagi konon-konon microphone. Kat rumah plak biasanya babytv memanjang. Dalam babytv tu plak tak ada aku nampak penah keluar rancangan ada orang nyanyi-nyanyi pegang microphone. Lawak pun ade. Banyak kali pulak tu ulang-ulang  scene menyanyi tu.

Umar ni suka sangat tengok iklan and i bet semua baby pun macam tu. Aku agak dia tiru iklan budak nyanyi dalam iklan susu, ibu engkaulah ratu hatiku tu kot..hahaha. Tapi memang umar nyanyi dengan penuh perasaan tau. Bukan setakat berlakon..nanti kalau sempat nak snap pics or record untuk kenangan.

Owh..tak sabar nak tunggu time umar petah bercakap. Sekarang ni dia very talkactive. Mesti sungguh comel bila dia menyanyi dengan sebutan yang betul.

0 comments: