twitter
rss

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Check in jam3 petang tadi. Agak sukar cari hotel ni memandangkan tiada signboard menuju ke hotel, hanya mengharapkan gps.

Hotel ni agak mahal dengan servis yang diberi. Bilik terlalu biasa. Oh ya rancangan tv ada espn je. Yang lain basic tv1,2,3,7. Bosan..wifi kat bilik coverange hanya tahap poor and fair. Iklan wifi macam gempak ada fliers kat bilik. Kat fliers mintak tanya receptionist for further info tapi bila tanya chinese female menjawab "kena bayar miss,rm5 per hour." Haha. Padahal takde pun dpt detect wireless network yang berbayar tu.



posted from Bloggeroid

Umar panggil aku ayam
Dia panggil ayahnya abam..

Ayang dalam bahasa dia = ayam
Abang dalam bahasa dia = abam

Huhuhu..nampaknya aku kena panggil ayah dia AYAH, dan ayah dia kena panggil aku BONDA demi memperbetulkan panggilan ayah bonda umar..

Bila ajar panggil ayah, memang dia boleh sebut. Tapi bila nak panggil ayah dia, dipanggilnya abam, siap tepuk-tepuk kat bahu atau paha.

Bila ajar sebut bonda plak, langsung tak berbutir. Memang tak reti sebut.

Kalau dulu, tunjuk kat budak lelaki lagi besar dari dia, panggil tu abang, dia macam paham dan tiap kali terjumpa budak lelaki, dia panggil abam. Tapi sekarang, dia anggap abang tu untuk ayah dia dan takkan sebut abam bila terjumpa budak lelaki.

Tapi sebut kakak pandai pulak. Asal masuk lif, terjumpa budak pompuan mesti tegur, "kakak..".

Umar sangat faham bila aku bagi arahan sekarang. Sebab dia memang akan buat apa yang aku suruh. Biasa lepas minum susu, aku suruh dia tutup balik botol susu and letak kat rak tv. So tiap kali lepas minum susu depan tv, dia buat.

Bila aku ajarkan dia buang sampah dalam bakul sampah, pon dia ikut. Kat rumah memang aku standby 1 bakul sampah je kat bawah sinki dapur dan kalau boleh memang akan clearkan tiap-tiap hari. Satu hari tu, bile siap kupas bawang dan nak masukkan kulit bawang dalam bakul sampah, aku jumpa jam tangan aku dalam bakul sampah. Alahai..memang sekarang tiap kali nak buang sampah kena check dulu..ntah benda apa lagi yang umar masukkan dalam bakul sampah..

Satu malam, umar tidur dalam 10.30pm. Boleh pulak terjaga dalam 12.30am nak main-main. Aku buat-buat tak sedar. Dekat sudut bilik, ada 1 kotak ayah dia simpan kertas-kertas bil. Umar ambik kertas bil tu, ronyokkan then kejut aku suruh bukak pintu bilik, dia nak buang dalam bakul sampah..hahaha.. Comel la awak!!

Semalam masa aku tengah mandi, umar mintak ayah dia amikkan kotak crayon dalam toys box dia. Bila siap mandi, aku tengok dia terjengah-jengah air purifier, 1 batang crayon kat tangan, sambil cakap, "ayok..auww..wat.." Adoi..umar masukkan sebatang crayon dia dalam lubang air purifier tu then bagitau aku ayok..tktau sape buat..hohoho..comel oke..tapi masyaAllah..memang seksa nak keluarkan balik crayon tu..lubang air purifier tu memang kecik, dan memerlukan sedikit tolakan untuk masukkan crayon tu..so jawabnya memang tak keluar balik la.

Terjadilah adegan ayah-marah-anak and nangis-nangis. Ayah dia tengah berusaha nak keluarkan balik crayon, dia pulak sibuk-sibuk, main toolbox ayah dia. Memang kena tengking la..Poor my boy, nangis siap muntah-muntah..

Alahai anak, penat ayah ngan bonda berusaha nak keluarkan balik crayon tu tapi tak dapat. Bukan ape takut penggunaan air purifier tu lepas ni lagi memudaratkan ke ape kan..Tapi bila aku check balik, crayon tu Faber Castel yang non-toxic tu. Takde effect la kat air-purifier tu kan.

"Sayang, dengar cakap bonda, kalau bonda cakap no..its no la oke..nanti ayah marah lagi.."

Oglio Oleo on Saturday
1st try, nice..
2nd try, berbaloi-baloi.

Umar sekarang suka menyanyi. Taktau aku mana dia belajar menyanyi tu. Butir patah perkataan memang ikut bahasa dia la. Siap pegang crayon lagi konon-konon microphone. Kat rumah plak biasanya babytv memanjang. Dalam babytv tu plak tak ada aku nampak penah keluar rancangan ada orang nyanyi-nyanyi pegang microphone. Lawak pun ade. Banyak kali pulak tu ulang-ulang  scene menyanyi tu.

Umar ni suka sangat tengok iklan and i bet semua baby pun macam tu. Aku agak dia tiru iklan budak nyanyi dalam iklan susu, ibu engkaulah ratu hatiku tu kot..hahaha. Tapi memang umar nyanyi dengan penuh perasaan tau. Bukan setakat berlakon..nanti kalau sempat nak snap pics or record untuk kenangan.

Owh..tak sabar nak tunggu time umar petah bercakap. Sekarang ni dia very talkactive. Mesti sungguh comel bila dia menyanyi dengan sebutan yang betul.



10 Zulhijjah 1432
Selamat Hari Raya Aidiladha


Lepas tukar pampers, umar tengok ayah dia solat zohor, sibukla dia tarik-tarik sejadah nak solat jugak. Tak sempat pakai seluar tu..

Ayah baru angkat takbir, tapi umar dah sujud dulu..

Umar, never fail to make me smile..love you sayang! Mmmmuah!!