Semalam masa aku tengah mandi, umar mintak ayah dia amikkan kotak crayon dalam toys box dia. Bila siap mandi, aku tengok dia terjengah-jengah air purifier, 1 batang crayon kat tangan, sambil cakap, "ayok..auww..wat.." Adoi..umar masukkan sebatang crayon dia dalam lubang air purifier tu then bagitau aku ayok..tktau sape buat..hohoho..comel oke..tapi masyaAllah..memang seksa nak keluarkan balik crayon tu..lubang air purifier tu memang kecik, dan memerlukan sedikit tolakan untuk masukkan crayon tu..so jawabnya memang tak keluar balik la.
Terjadilah adegan ayah-marah-anak and nangis-nangis. Ayah dia tengah berusaha nak keluarkan balik crayon, dia pulak sibuk-sibuk, main toolbox ayah dia. Memang kena tengking la..Poor my boy, nangis siap muntah-muntah..
Alahai anak, penat ayah ngan bonda berusaha nak keluarkan balik crayon tu tapi tak dapat. Bukan ape takut penggunaan air purifier tu lepas ni lagi memudaratkan ke ape kan..Tapi bila aku check balik, crayon tu Faber Castel yang non-toxic tu. Takde effect la kat air-purifier tu kan.
"Sayang, dengar cakap bonda, kalau bonda cakap no..its no la oke..nanti ayah marah lagi.."
Umar sekarang suka menyanyi. Taktau aku mana dia belajar menyanyi tu. Butir patah perkataan memang ikut bahasa dia la. Siap pegang crayon lagi konon-konon microphone. Kat rumah plak biasanya babytv memanjang. Dalam babytv tu plak tak ada aku nampak penah keluar rancangan ada orang nyanyi-nyanyi pegang microphone. Lawak pun ade. Banyak kali pulak tu ulang-ulang scene menyanyi tu.
Umar ni suka sangat tengok iklan and i bet semua baby pun macam tu. Aku agak dia tiru iklan budak nyanyi dalam iklan susu, ibu engkaulah ratu hatiku tu kot..hahaha. Tapi memang umar nyanyi dengan penuh perasaan tau. Bukan setakat berlakon..nanti kalau sempat nak snap pics or record untuk kenangan.
Owh..tak sabar nak tunggu time umar petah bercakap. Sekarang ni dia very talkactive. Mesti sungguh comel bila dia menyanyi dengan sebutan yang betul.
Bilakah masa yang sesuai untuk mengetahui kecenderungan kanak-kanak (for toddlers) menggunakan tangan kanan atau kiri?
Mak mertua aku pernah bertanya umar ni righty or lefty? Tapi disebabkan masa tu umar baru setahun, aku menjawab, masih belum dapat dipastikan sebab memang tak ketara. 2-2 tangan pun masih fleksibel. Lagi pun, menurut artikel yang pernah aku baca, kanak-kanak hanya akan menunjukkan dominasi penggunaan tangan dalam lingkungan umur 2-3 tahun.
Pendominasian penggunaan tangan kita sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh genetik. Sekiranya kedua-dua ibu bapa left handed, peluang untuk anak anda left handed adalah sebanyak 45-50%. Dan sebanyak kira-kira 10% manusia left handed dan salah seorangnya adalah aku. Itulah antara sebab terdetik dekat hati nak menulis pasal ni.
Sekiranya kita masih ingin tahu samada kanan atau kiri lebih dominan untuk anak kita, kita boleh mencuba untuk membaling bola atau toys dan memerhatikan samada tangan kanan atau kiri yang mendominasi. Anak akan mengambil bola atau toys menggunakan tangan yang lebih dominan kerana tangan itu lebih kuat dan cekap.
Tetapi awas jika anda melakukan ujian ini semasa umur anak anda berumur kurang dari 2 tahun dan dia telah menunjukkan dominasi. Segera rujuk kepada yang lebih pakar (doktor) kerana penujuk pendominasian terlalu awal menujukkan anak anda mengalami motor development problem.
Ada kes salah satu pasangan ibu bapa mendapati bayi mereka menunjukkan dominan penggunaan tangan semasa masih bayi dan mendapati bayi mereka mengalami masalah in-utero stroke yang menyukarkan perhitungan dibuat bila melibatkan simetri (correct me if im wrong).
Walaubagaimanapun, jika mendapat anak left handed, pakar menasihatkan agar ibu bapa tidak memaksa anak-anak menjadi right handed kerana genetik sendiri tidak dapat menerangkan secara terperinci mengapa kita right-left handed. Walau bagaimanapun, hardwiring dalam nervous system kita yang complicated hanya Dia yang tentukan. Memaksa anak yang sememangya left-handed ke right handed mungkin hanya berjaya buat sementara waktu dan keadaan ini hanya membuatkan anak anda berasa keliru dan kecewa.
Sampai sekarang umar dah 1 1/2 tahun, aku masih bleum nampak dominasinya. Makan pon masih pakai 2-2 tangan walaupun kita ajar dia ambil pakai tangan kanan. So, no wonder lah kan.. Kalau umar left-handed, maksudnya gen aku lagi kuat kot..hehehe. Tapi kalau dia right-handed itu normal la kan, not because of daddy's..sorry dad!
Bersyukur di atas segala kurniaan-Nya..








